Monday 6 January 2014

kematian itu pasti!

Salam uolls...

aku ada mimpi malam hari tu, aku mimpi aku di ambang kematian..di rumah aku masa tu..tapi aku x ingat sangat jalan ceritanya tapi yang aku pasti aku mimpi aku akan mati..terjaga dari tidur, aku buat dek je..x ambil pusing langsung pasal mimpi tu..cakap dalam hati, mainan tidur je tu.

malam 06.01.2014 masa tu jam 11 mlm bgtu, memang timing aku tidur so apa lagi landing time!!! sekali lagi aku mimpi benda yang sma..jalan cerita x sama tapi aku mimpi aku akan mati..yang aku ingat masa tu aku pakai seluar pendek tapi bertelekung tudung sahaja sambil menangis2 sebab banyak semut besar2 tu wrna merah gigit aku..aku mnta tolong masa tu dengan orang rumah tapi actually aku xkenal pun dorang tu cuma dalam mmpi kenal..tapi dorang hanya diamkan diri xdapat bantu apa2 pun..aku duduk dan menangis sorang2..aku cakap dalam hati "beginilah sakitnya nak mati, xda sapa boleh tolong"..aku mcm xdapat bernafas masa tu..berserah da masa tu..tiba2 terbangun..

Ya Allah masih hidup lagi aku rupanya..takutnya aku masa tu ..jam menunjukkan jam 11.30 malam..aku bangun buat solat Taubat..aku akui sebagai manusia yg sangat lemah, aku banyak buat dosa even pun aku selalu solat fardhu..selalu lambat2kan solat sebab hal2 dunia, kadang tu solat qodo', mengumpat..berdosanya aku padaMu Ya Allah..Astagfirullahalazim..

Aku dapat rasa, ajal aku x lama lagi sampai..tapi adakah aku bersedia?? belum lagi..terlalu banyak dosa aku perlu tebus..risaunya aku Ya Allah..setiap dalam doaku aku meminta padaNya agar aku mati dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menhadapiNya.tapi itu adalah usaha dripada diri sendiri juga kan.."sibuk nak tahu sapa jodoh kita masa hadapan tapi kita terlupa mati itu bila2 sahaja.."

Aku bercerita ni bukan mahu riak atau apapun..hanya ingin berkongsi sahaja..bertaubatla selagi mampu..jangan nnti dah dalam kubur baru nak nyesal kan..peringatan ini memang untuk diri aku sendiri.sama2 la kita menuju ke jalan Syurga. selama aku hdup 20thun lebih ni, aku telah sia2 kan kehidupan aku.menyesal memang x berguna lagi kan..

"andainya ditakdirkan aku pergi dahulu daripada kamu semua, hanya satu ku pinta, maafkanla segala dosaku pada kamu sama ada sengaja atau tidak..aku pun manusia biasa yang melakukan banyak kesalahan..tidak lupa juga doakanlah agar aku termasuk dalam orang2 yang beriman..aminnnn"



No comments:

Post a Comment